Sunday 10 November 2013

6 Gambar terkini wajah suspek tembak mati Pegawai Bank Ambank direman 7 hari

Posted By: TTO Admin - 10.11.13


Ketua Polis Negara mengesahkan penangkapan Ardi Hamza

PETALING JAYA: Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan.

Suspek dikenali sebagai Ardi Hamza direman 7 hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan beseluar jeans.





Video Suspek dibawah keluar daripada Mahkamah Majistret petang tadi

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab