Sunday 24 November 2013

7 Gambar ngeri kemalangan maut penunggang motorsikal BMW S1000RR di Karak

Posted By: TTO Admin - 24.11.13

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabas di Lebuhraya Karak, siang tadi. Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, di Kilometer 49.2,

Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur, berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bukit Tinggi, Pahang. Siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa 1000 CC jenis BMW ini dipercayai hilang kawalan sebaik melalui satu selekoh tajam. 

Lalu melanggar besi penghadang lebuhraya menyebabkan penunggangnya tercampak dan maut di tempat kejadian. 

Kemalangan itu turut menyebabkan motosikal mangsa terseret sejauh 20 meter sebelum terbakar. Mangsa dikenali sebagai Alif Lee Soon Han, 38 tahun, berasal dari Bandar Damansara, Kuantan, Pahang. 

Alif sebelumnya berkonvoi bersama empat lagi rakannya dari Kuantan menuju ke Pusat Peranginan Genting Highlands. Mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - TV9


*Diharap rider yang lain berhati-hati ketika berkonvoi di musim cuti sekolah

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab