Wednesday 20 November 2013

Budak hilang di Villa Nabila minta maaf, menyusahkan semua orang

Posted By: TTO Admin - 20.11.13
Sisipan Akhbar Bharian, 20 November 2013

Melalui sisipan Berita harian hari ini, budak yang didakwa hilang, Mohamad Izzat Izzudin Hussin tampil memohon maaf kerana telah menyusahkan ramai pihak yang mencarinya di sekitar Villa Nabila, Johor Bahru.

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana menyusahkan mereka mencari saya" kata pelajar Tingkatan Empat itu.

"Saya bersama 29 lagi rakan berjalan kaki ke banglo itu dan memasukinya kira-kira jam 12 tengah malam sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian menerusi jalan belakang". Katanya lagi.

Izzat turut menerangkan setelah dia dan rakannya keluar daripada villa tersebut, mereka singgah di restoran makanan segera 24 jam untuk mengisi
 perut. Selepas itu, mereka ke Dataran Bandaraya sebelum berhenti rehat di Masjid Jalan Air Molek untuk bersolat dan tertidur sehingga 5 pagi.

"Kami berjalan semula ke bandar sebelum mengambil keputusan tidak pulang ke rumah. sebaliknya ke rumah rakan di Flet Taman Desa Mutiara kerana bimbang dimarahi ibu kerana lewat balik kerumah"

Izzat bersama dua orang rakannya ditemui kemarin dalam keadaan mencurigakan oleh Polis yang melakukan pemeriksaan di Flet Taman Desa Mutiara tersebut. (Baca disini)



Izzat berkata kepada media, menafikan rakannya dirasuk jin sehingga histeria.  Dalam pada itu juga, Polis Johor menyatakan penyebaran khabar angin mempunyai motif untuk menjatuhkan kredibiliti pasukan berkenaan.

Oleh itu, sama-sama lah kita menghentikan spekulasi dan mereka-reka cerita mengenai Villa Nabila tersebut. Ternyata lebih banyak cerita berbentuk Hearsay berbanding fakta yang disebarkan.

Kepada para remaja yang cuba melakukan perkara yang memang menyusahkan ramai orang, ambil ikhtibar dan fikirlah kesan setiap tindakan yang anda mahu lakukan.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab