Wednesday 13 November 2013

"Tegur sikit marah! Mana BULIH!" - Kata Bung Mokhtar terhadap FAM

Posted By: TTO Admin - 13.11.13


Dalam sidang parlimen hari ini, ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar secara jelas menyatakan sokongannya terhadap Menteri Kementerian Belia dan Sukan,YB Khairy Jamaludin untuk terus berusaha mendesak FAM melakukan perubahan segera.

Bung dengan loghat Sabahannya, mengatakan mutu bolasepak negara ketika ini dalam keadaan merudum, tidak bermaya dan perlu ada perubahan segera.  Malah Bung mengkritik FAM yang cepat melenting apabila ditegur.

"Kita nak selesai, nak lawan satu masalah, kita lawan terus.... lawan-habis-habisan". Tegas Bung.

Kenyataan Bung tersebut dilihat amat bertepatan dengan kemahuan rakyat Malaysia ketika ini. Malah. sesiapa yang dilihat menyokong FAM seolah-olah mempunyai kepentingan peribadi.


Apa yang berlaku kepada Datuk Siti Nurhaliza semalam (baca disini) adalah satu contoh bagaimana pentadbiran FAM kini tidak digemari oleh para peminat bolasepak tanah air.

Datuk Siti walaupun dalam tweetnya hanya membidas cara YB KJ menegur veteran bolasepak negara, Datuk Jamil Nasir, namun para peminat melihat Datuk Siti seolah-olah mempertahankan FAM. 

Dengan sokongan besar yang diterima ketika ini, di harap FAM dapat ditransformasikan dengan segera demi mutu bolasepak negara kita! *Tepuk Meja...........

VIDEO PARLIMEN


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab