Saturday 16 November 2013

Penanggal : Fasha Sandha Cuba Elak Diganggu Makhluk Halus

Posted By: TTO Admin - 16.11.13



Aktres jelita, Nur Fasha Sandha Hassan menjelaskan yang dia mengikut nasihat ibunya bagi mengelakkan ‘gangguan’ makhluk halus ketika dia menjalani penggambaran filem seram terbarunya, ‘Penanggal’, arahan Ellie Suriati Omar.

“Filem ini merupakan filem kedua saya yang menjalani penggambaran di hutan. Orang selalu cakap, jika ‘shooting’ di dalam hutan, lebih-lebih lagi filem seram, boleh jumpa ‘perkara’ tersebut. Saya hanya mengikut pesanan ibu yang selalu mengingatkan saya untuk meminta izin dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara,” jelas Fasha memulakan bicara.

“Sebelum saya memulakan penggambaran, saya minta izin terlebih dahulu dengan berkata, saya minta maaf dan minta izin, saya sedang bekerja, mohon jangan ganggu saya. Saya juga selalu beringat, jika berada di tempat orang, saya kena berhati-hati. Saya tidak akan membuang sampah merata-rata dan sebagainya. Syukur, ‘perkara-perkara’ tersebut tidak berlaku kepada saya,” tutur pelakon drama ‘Cinta Elysa’ ini lagi.

Memegang watak sebagai Sharifah Zaharah, Fasha juga mendedahkan dia mempelajari cara untuk bercakap dalam Bahasa Arab dengan betul selama lebih kurang dua bulan.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab