Tuesday 5 November 2013

Eksklusif: Ibu cerita pengalaman ngeri hantar anak ke Taska Taman Melati

Posted By: TTO Admin - 5.11.13


Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan rakaman penderaan kanak-kanak di sebuah taska di Taman Melati, Kuala Lumpur (baca disini). Video tersebut telah mencapai 6500++ share di fan page Tengoktvonline. Malah komen berbentuk nasihat, mengutuk dan mengkeji perbuatan pengasuh kejam tersebut tidak habis-habis diterima.

Namun, Admin tertarik dengan artikel dalam satu blog peribadi mengenai pengalaman seorang ibu menghantar anak ke Taska didakwa berlaku penderaan tersebut. Melalui pendedahan ibu yang juga seorang blogger, kelakuan anaknya berubah semenjak dimasukkan ke taska tersebut. Jom ikuti artikel yang panjang namun padat dengan informasi yang kita tidak ketahui:



Assalamualaikum.. Aku betul-betul geram .. Mula-mula aku nak ucap tahniah dan terima kasih kepada bapa anak kecil yang sanggup menjadi Detektif Conan untuk anak sendiri sehingga VIDEO tersebar untuk pengetahuan UMUM..

Anak-anak aku ada pengalaman buruk dengan TASKA PERMATA HARAPAN ni.. semua salah aku.. aku sedih dan nangis kenang anak aku kena dera tapi. .aku masih cakap anak aku mengada-ngada sebab terlalu manja..

Aku mencari taska di sekitar kawasan tempat aku tinggal.. aku ni jenis manusia yang sempoi pasal penjagaan anak-anak. Dari kecik anak-anak aku di hantar merata-rata untuk kasi orang jaga.. di sebabkan tiada siapa yang boleh jaga mereka di sebabkan aku bekerja dan suami pun bekerja.. Aku hantar anak-anak aku di taska tersebut sebab Yuran yang agak murah.. dari semua tempat di sekitar Taman Melati,.bagi aku .. anak-anak aku akan biasa.. walaupun mereka tidak biasa.. satu lagi sebab kenapa aku hantar mereka di TASKA tersebut sebab dekat dengan sekolah anak aku yang sulung.. so tak ler.. jauh sangat VAN nak hantar dari sekolah..


PERUBAHAN BULAN PERTAMA ANAK-ANAK

1) ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia..

-Aku malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok
(time tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )

2) ANAK AKU MENANGIS MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA

-Tiap-tiap pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir masalah)

3)TASKA TANYA - Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO..

-TASKA JAWAB - Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2.. )

4) Aku belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES.. tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes tiap-tiap hari minta lebih ..


PERUBAHAN BULAN KEDUA ANAK-ANAK

1) SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH.. (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska.. selama ni OPAH dia yang jaga.. )

2) Kakak cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa dengan kawan2 dia.. )

3) Anak aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP.. "Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK.. GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat.. mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka..

4) BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau HANCING.. campur dalam bag..

5) ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka nak kebebasan dari di DERA..

6) SARA dah mula mengigau.. tidur malam dah cakap dalam tidor ... cakap cikgu tarik rambut.. cakap sorang-sorang sampai aku naik takut..

7) Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat tapi.. dok ngadu CIKGU TARIK RAMBUT..

8) AKU PERGI BERUBAT DARUS SALLAM.. untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video kat atas.. JANGAN PANGGIL CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer..


PERUBAHAN BULAN KETIGA ANAK-ANAK

1) Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP.." AKAK PERGI JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)


2) Ada seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak mereka di sana.. cakap.. " KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak serasi.." - Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska.. tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. )

3)  FINAL KEPUTUSAN DICAPAI..

Satu petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. " ANAK DEMAM PANAS, SESAK NAFAS.. SEMPUT"

Berderau hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms.. " ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat.. tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia

Petang tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar anak.. dan aku tak balas..

Pengalaman mengajar aku dan HUBBY,
KEPADA IBU BAPA yang menghantar anak ke TASKA..


NASIHAT PUAN NORLI
  1. JANGAN LER INGAT ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK MENGADA dan MANJA depan orang.. 
  2. Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler.. check.. 
  3. Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya depan-depan cikgu .."CIKGU MANA YANG BUAT ADIK.... !! sure.. anak cakap nanti.. 
  4. Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
  5. Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan.. 
  6. Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang...

(SEMUA DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )

TASKA DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM

Cikgu nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA.. semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA..
pekerja.. 3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang

Blog Peribadi Puan Raja Norli

Disclaimer: Artikel ini dihasilkan oleh Puan Raja Norli. Sekiranya puan merasa artikel atau gambar tidak bersesuaian. Hubungi admin untuk perubahan. Terima kasih

Artikel berkaitan:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab