Sunday 17 November 2013

Kisah hidup Tauke Ayam Kota Bharu sebelum bergelar jutawan

Posted By: TTO Admin - 17.11.13


Kecoh seluruh negara dan menjadi trending no 1 di media sosial Malaysia ketika ini mengenai isu seorang bapa memberi Hadiah sebuah kereta Mini Cooper untuk anaknya yang mendapat keputusan cemerlang 5A iaitu adik Fatini daripada SK Zainab 2 , Kota Bharu.

Lagi tergaman, situasi ini terjadi disebuah negeri nun jauh di pantai Timur yang seringkali dimomok-momokkan sebagai negeri paling Miskin di Malaysia.

Ya benar, kejadian ini berlaku di Kota Bharu. Ayahnya hanya seorang penjual ayam, belajar sehingga SPM sahaja tapi berkat usaha dalam perniagaan mampu memberi dan menukar status keluarga mereka daripada miskin kepada golongan yang mempunyai masa depan.

Saya turut sedih membaca setiap komen di facebook yang mengutuk bapa Fatini yang menyamakan kes ini sebagai tidak masuk akal, megarut, menunjuk-nunjuk, membazar dan sebagainya. Biasalah, orang Melayu Malaysia memang terkenal dengan sikap dengki, suka mengutuk jika orang lain lebih daripadanya.

Ada komen seperti " Alah, jual ayam je pun. Aku belajar sampai degree, jadi pegawai kerajaan hanya mampu pakai Myvi. Gile nak menunjuk bapak dia ni "

Saya yang membaca komen sebegini turut luruh air mata menunjukkan masyarakat Melayu kita benar-benar kritikal mengenai isu moral. Langsung tiada adap, mahupun akal yang waras walaupun mempunyai ijazah.

Ayah Fatini hanyalah anak Kelantan yang langsung tidak cemerlang , result UPSRnya adalah 4D1E sahaja bukan seperti anda mempunyai ijazah. Tetapi berkat usaha beliau bangun seawal jam 4 pagi, terus ke kedai menyembelih beratus-ratus ekor ayam untuk dijual dihampir seluruh Kelantan . Siapa yang kerja seperti ini, bergelumang dengan bau tahi ayam setiap hari, kena sembilih ayam , potong ayam dan sebagainya.

Ayahnya juga bukan seperti anda, log in FB tengok orang berjaya dan buat 'benda pelik' sedikit terus kutuk, maki tanpa rasa belas. Ayahnya cuma penjual ayam tetapi jutawan. Itu sahaja.



Anda bekerja makan gaji dengan gred 41 pun belum mampu untuk menjadi jutawan sekiranya sikap anda yang seringkali menyangkal kejayaan orang lain.

Yang peliknya, orang kaya dan ahli politik yang secara terang-terangan salah guna duit kerajaan dan memberi kemewahan kepada anak mereka tidak pula anda maki sehebat dugaan yang diterima oleh ayah Fatini ini. Niat ayah Fatini cuma satu, berkongsi rasa gembira dengan kejayaan anak sulungnya yang cemerlang dengan penuh rasa syukur.

Kepada anda yang mempunyai ijazah ataupun kelayakan iktisas yang lain, saya cabar anda untuk gantung sijil graduasi anda di dinding dan menjadi seorang penjual ayam seperti usaha yang ayah Fatini lakukan ini. Kita lihat hasilnya.

Inilah kisah seorang anak Kelantan menjadi jutawan hanya dengan menjual ayam.

Oleh : Pok Dogo

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab