Friday 22 November 2013

Memalukan! Suami panas baran maki isteri kuat online di status Facebook

Posted By: TTO Admin - 22.11.13

Apa dah jadi. Kini, Facebook pula menjadi tempat pergaduhan suami isteri. Seorang lelaki bernama Amir dalam status Facebooknya memaki isteri kerana mengabaikan tanggungjawab di rumah dan dituduh kerap online 24 jam!

Si isteri pula memburukkan situasi apabila memberi respon dalam ruangan komen seperti dalam gambar printscreen di atas.

Bagi admin, kedua-duanya bertindak bodoh tanpa berfikir panjang. Si suami dengan kebodohannya menyiarkan masalah kepada umum, si isteri pula lupa tanggungjawab kepada si suami. Inilah terjadi apabila mengabaikan ajaran agama.

Media sosial bukanlah tempat menyelesaikan masalah. Kejadian seperti ini hanya menjadi bahan tawa rakan-rakan yang melihatnya. Semoga perkara ini akan menjadi iktibar kepada pasangan-pasangan yang lain.

Oleh: Sri Wani

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab