Sunday 5 January 2014

Gambar Wan Zack Haikal bertunang didedahkan, tapi bukan dengan Zzati

Posted By: TTO Admin - 5.1.14

Kontroversi hubungan percintaan pemain bolasepak negara, Wan Zack Haikal nampaknya semakin panas.

Baru sahaja media melaporkan hubungannya dengan kekasihnya, Zzati Rashid berakhir pada Oktober tahun lalu apabila Keluarga Wan Zack didakwa melemparkan pelbagai tuduhan yang menjatuhkan maruah Zzati dan keluarganya.

Namun, kini tersebar pula gambar pertunangan Wan Zack Haikal bersama seorang gadis bertudung yang diberi nama Syahifah Azmi, berasal dari Terengganu.


Pemilik blog Brotherssam yang pertama kali memuatnaik gambar itu mengatakan gambar diperolehi daripada rakan kepada Wan Zack. 

Pasti ramai yang terkejut kerana wanita misteri yang berdampingan dengan Wan Zack ketika ini tidak pernah muncul di dalam radar peminat. 

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Wan Zack dan ucapan tahniah untuk majlis pertunangan beliau. Semoga segala kontroversi yang berlaku tidak menjejaskan prestasi Wan Zack Haikal bersama Pasukan Malaysia dan Kelab Bolasepak FC Ryukyu.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab