Sunday 26 January 2014

Guru bergotong-royong bersihkan kutu-kutu kepala murid di Kajang

Posted By: TTO Admin - 26.1.14

Walaupun baru-baru ini imej para pendidik tercalar dengan sikap guru "lembu"kan murid,  tetapi sebenarnya masih ramai lagi guru diluar sana yang prihatin terhadap kebajikan anak didik mereka.

Gambar yang diupload oleh Nazatushima di dalam Facebooknya adalah satu contoh pengorbanan guru sekecil-kecil kutu pun mereka sanggup lakukan.

Gambar menunjukkan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kajang Utama bergotong royong membersihkan kutu di kepala anak murid tahun 1 di sekolah mereka.

"Subhanallah... inilah guru-guru thn 1 SK Kajang Utama... atas inisiatif guru-guru sendiri sanggup membasmi kutu-kutu di kepala murid-murid. Inilah dikatakan guru-guru serba boleh.... Tahniah. Allah swt jua yg membalasnya." kata Cikgu Nazatushima di dalam Caption gambar tersebut.

Apapun, tahniah kepada warga pendidik di SK Kajang Utama kerana anda sememangnya guru-guru prihatin dan berdedikasi. Tahun ini boleh dapat Anugerah Guru Cemerlang. Amin:)

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab