Tuesday 25 February 2014

Sayu- Status terakhir gadis dalam Facebook seakan tahu ajal tiba pada hari lahir (22/2/2014)

Posted By: TTO Admin - 25.2.14

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 petang. Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada'. Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt."

Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ?


Itulah antara satu status ucapan takziah kepada diri sendiri oleh seorang remaja di profil Facebook dengan nama Dieba Yazt Mien. Status itu ditulis pada 7 Februari 2014, 15 hari sebelum satu kemalangan berlaku di Kampung Perana, Langkawi  pada dua hari lepas, 22 Februari 2014 yang meragut nyawanya.
Kemalangan antara sebuah bas dan motosikal yang meragut nyawa Yasmin
Status takziah kepada diri sendiri pada 7/2/2014

Apa yang lebih menyayat hati, 22hb Februari itu juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran beliau. Mungkin ia hanyalah satu kebetulan. Namun sehari sebelum kejadian itu juga, Adiba turut memuat naik status seakan-akan menduga hari itu merupakan hari terakhir beliau. 

"esok nak have fun puas-2 ^_^ mana lah taw kod-2 esok malam last aku hidup :) dan aku senyum depan semua yang aku sayangg:)


Walaupun dalam status tersebut, beliau mengatakan hendak bergembira puas-puas. Tapi sebenarnya beliau bukanlah seorang gadis yang suka bersosial dan berhibur. Melalui komen rakan-rakan beliau mengatakan Adiba seorang budak yang baik dan maksud bergembira itu hanyalah bersama keluarga dan rakan sekolah.


Kisah ini pasti menyentuh hati setiap insan yang membacanya. Apapun ajal maut ditangan tuhan. Seperti apa yang tertulis dalam status beliau pada 7hb lepas, marilah kita doakan Allahyarham Adiba Yasmin Ahmad  ditempatkan dikalangan para solehin dan shuhada' dan semoga beliau mendapat rahmat dan belas Ihsan Allah swt. Aminnnn. Al-Fatihah... 

Oleh: Sri Wani, Tengok TV Online

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab