Monday 24 March 2014

5 Gambar ngeri Toyota Vellfire hancur rempuh belakang lori

Posted By: TTO Admin - 24.3.14

Bandar Baharu: Tiga sekeluarga maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori di Kilometer 170 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran sempadan Bandar Baharu-Nibong Tebal, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Asisten Superintenden Azmi Abu Bakar berkata, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dalam perjalanan dari arah Bandar Baharu ke Pulau Pinang.

"Mangsa yang maut di tempat kejadian adalah isteri pemandu berusia 36 tahun serta dua anak mereka berusia lima dan satu tahun.

"Suami mangsa berusia 36 tahun dan anaknya berusia dua tahun serta pembantu rumah warga Filipina cedera parah dan dihantar ke Hospital Parit Buntar, Perak.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya. -Harian Metro


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab