Friday 14 March 2014

Leman Raja Lawak digelar "BODOH", sebar Video Palsu kehilangan Pesawat MH370

Posted By: TTO Admin - 14.3.14
Apabila sesuatu isu timbul, ramai pakar tidak bertauliah akan muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Insiden Kehilangan Pesawat MH370 juga tidak terkecuali. Semakin ramai penganalisis, penyiasat dan pakar penerbangan tampil memberikan teori serta pendedahan maklumat yang tidak tepat malah mengelirukan. Tidak kurang juga ramai yang mahukan publisiti murahan.


Satu Video yang diupload oleh Facebok Leman Raja Lawak(Klik sini) kononnya mendedahkan propaganda yang cuba dirahsiakan dari pengetahuan rakyat. Video tersebut menunjukkan perjalanan RADAR pesawat MH370 yang dikatakan tidak terhempas seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh pihak berkuasa.

Namun, ramai pengguna Media Sosial yang menyedari maklumat palsu yang disebarkan Leman Raja Lawak menerangkan bahawa pesawat dalam Video itu bukanlah pesawat MH370 yang hilang. Sebaliknya, No Pendaftaran Pesawat didalam video itu adalah 9M-MRQ manakala No Pesawat yang hilang ialah  9M-MR0. Tambahan lagi, MH370 sebenarnya adalah nama bagi laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing.


Tidak cukup dengan itu, ramai pengguna media sosial mengutuk maklumat palsu yang disebarkan Leman Raja Lawak. Tidak kurang juga yang turut memaki hamun Facebook Leman Raja Lawak dengan panggilan seperti Bodoh, Bangang dan penyebar fitnah.

Walaubagaimanapun, video itu telah menjadi viral dengan lebih "3000 Shares". Jumlah itu pasti membuatkan ramai menerima maklumat yang salah di Laman Media Sosial. Seperti komen di dalam video itu.
"Klo dr leman raja lawak... His credibility is just at rajalawak... Conpare dgn apmm, dca, menteri.. And skrg 12 negara dh bersm menolong... Xkan leman rajalawak nyr sumber lg hebat dr 12 negara nie"
UPDATE:

Mungkin menyedari respon negatif yang diterima, Caption pada Video itu ditukar daripada bentuk tuduhan kepada pertanyaan seperti gambar dibawah.



Baca lagi beberapa komen pengguna Facebok:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab