Wednesday 19 March 2014

Wartawan Perancis wajar dihalau keluar Malaysia, beri soalan "bodoh" isu MH370

Posted By: TTO Admin - 19.3.14
Pada sidang media hari ini, satu keadaan kurang selesa(Awkward Moment) berlaku apabila seorang pemberita dari media asing tampil memberikan soalan yang tiada kena mengena dengan insiden kehilangan MH370.


Carrie Nooten wartawan daripada France 24, berpangkalan di Singapura bertanyakan tiga soalan yang mana dua soalan terakhir telah menyakitkan hati kebanyakan rakyat Malaysia yang mendengarnya.

Dalam sidang media itu, Carrie menimbulkan soalan berkenaan hubungan kekeluargaan Hishamuddin dengan Najib yang mana soalan itu seolah-olah mempertikaikan kredibiliti Hishammudin.

Namun, Hishamuddin memberikan jawapan yang baik dan beliau sempat menyindir wartawan itu:

"Saya rasa saya patut serahkan soalan itu kepada PAKAR dari Perancis untuk menjawab soalan kamu"

"Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau."

Disamping itu, Hishamuddin mengatakan Malaysia konsisten dalam fokus mencari pesawat terlebih dahulu dan menegaskan insiden ini mengatasi sebarang isu politik.

Dalam pada itu juga, Twitter Carrie Nooten dihujani kritikan daripada ramai pengguna twitter warga Malaysia yang mempersoalkan kaitan soalan itu dengan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.



Beberapa rakyat Malaysia juga mencadangkan agar Wartawan Perancis itu sepatutnya tidak berada dalam sidang media insiden MH370 dan lebih baik dihalau keluar Malaysia:


Beberapa pengguna Twitter warga Malaysia turut menjadikan soalan Carrie Nooten sebagai troll seperti dibawah.


Tonton Video Sidang Media


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab