Tuesday 3 March 2015

Lelaki terbangkan Drone dekat KLIA bahayakan pesawat mendarat

Posted By: TTO Admin - 3.3.15

Seorang lelaki memuatnaik beberapa gambar aerial kapal terbang yang sedang mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur di Laman Instagram beliau. Gambar yang diambil menggunakan "drone" kawalan jauh itu sememangnya mengagumkan namun kebimbangan lain timbul terhadap keselamatan penggunaan teknologi itu di kawasan berdekatan lapangan terbang.

Yengnasir menggunakan Drone DJI Phantom 2 Quadcopter yang boleh mengambil gambar menggunakan alat kawalan jauh. Menurutnya, drone itu diterbangkan jauh daripada lapangan terbang dan jaraknya telah dikira menggunakan mode GPS.


Walaubagaimanapun, ramai yang masih bimbang dengan keadaan itu kerana ditakuti kejadian tidak diingini apabila pesawat melanggar drone tersebut. Peminat drone yang lain juga berang kerana tindakan Yengnasir itu sudah pasti menyukarkan lagi peraturan-peraturan penggunaan drone yang akan digubal pada masa akan datang.

Mengikut peraturan-peraturan ditetapkan kerajaan Malaysia, adalah menyalahi undang-undang untuk menerbangkan drone dari jarak 1.5 batu nautika ( 2.8 kilometer) dari sempadan lapangan terbang tanpa kelulusan daripada pengawal trafik udara.

Pesawat Saudi Arabia dan Airasia ketika mendarat yang berjaya dirakam



KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab