Thursday 26 March 2015

Pembantu Juruterbang sengaja junamkan Pesawat hingga terhempas!

Posted By: TTO Admin - 26.3.15

Pembantu Juruterbang pesawat Germanwings dengan sengaja menjunamkan pesawat sehingga terhempas. Perkara itu disahkan oleh Pendakwaraya Marseilles, Bryce Robin dalam sidang media hari ini.

"Kami berjaya mendapatkan 10 minit terakhir transkrip pesawat itu. Dalam 20 minit pertama kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang berbual secara normal antara satu sama lain.

"Kemudiannya, kami mendengar arahan meminta pembantu juruterbang untuk mengambil alih dan kami mendengar bunyi kerusi ditolak ke belakang dan pintu kokpit ditutup. Oleh itu, kami menganggap bahawa juruterbang telah pergi ke tandas untuk membuang air

"Pembantu juruterbang pada ketika itu mengawal pesawat dan semasa dia bersendirian... dia telah menggunakan sistem pemantauan penerbangan dan dari situlah pesawat mula menjunam

"Tindakan tersebut hanya boleh dilakukan secara sukarela...

"Kami dengar beberapa laungan juruterbang meminta untuk mengakses kokpit. Beliau telah memperkenalkan dirinya pada sistem interkom tetapi tidak ada jawapan daripada pembantu juruterbang.

"Dia kemudian mengetuk pintu dan meminta agar dibuka. Namun turut tidak diendahkan pembantu juruterbang itu.

"Menara kawalan kemudian meminta mereka untuk melakukan isyarat kecemasan tetapi sekali lagi tidak ada jawapan dari dalam kokpit pesawat tersebut untuk memberitahu keutamaan bagi pendaratan cemas.

"Pesawat lain cuba untuk menghubungi pesawat Airbus ini, namun juga tidak mendapat maklumbalas

"Terdapat sistem penggera yang telah hidup apabila pesawat mula menghampiri daratan dan kemudian kami mendengar bunyi pintu cuba dirempuh lagi.

Andreas Lubitz, 28 tahun, pembantu juruterbang warga German

"Ia adalah pintu kokpit namun telah diperkukuh mengikut piawaian Antarabangsa

"Oleh sebab itu, penggera tersebut tidak dapat didengari sehingga pesawat itu benar-benar terhempas

"Tidak ada isyarat kecemasan, tiada isyarat Mayday(Kecemasan) yang diterima oleh menara kawalan walaupun banyak panggilan kepada pesawat itu dilakukan.

"Tafsiran pada hari ini, dan saya bercakap 48 jam selepas nahas itu... kemungkinan besar disebabkan oleh pembantu Juruterbang - Tindakan yang disengajar - Enggan membuka pintu kabin untuk juruterbang.

"Dia enggan membuka pintu kokpit dan bertindak menekan butang yang memulakan prosedur pesawat menurun.

"Saya mengingatkan anda bahawa dalam tempoh lapan minit terakhir pesawat ini menjunam dari 12,000m ke 2,000m."

Apabila ditanya jika tindakan pembantu juruterbang adalah tindakan bunuh diri. "Saya tidak akan menyebut perkataan ini kerana saya tidak tahu."

"Dia tidak mempunyai sebab untuk melakukan tindakan itu.

"Pembantu Juruterbang baru bekerja beberapa bulan dan mempunyai rekod 100 jam penerbangan menggunakan pesawat ini.

Pesawat Germanwings Airbus A320 membawa 144 penumpang dan 6 krew pesawat dalam penerbangan dari Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman sebelum terhempas di Selatan Pergunungan Alps, Perancis. Pihak berkuasa mengesahkan tiada penumpang dan krew pesawat terselamat dalam nahas tersebut -TengokTVonline

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab