Saturday 4 April 2015

(10 Gambar) Saksi cerita bagaimana helikopter terhempas di Kajang

Posted By: TTO Admin - 4.4.15

Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias antara penumpang helikopter yang terhempas di Semenyih petang ini.

Perkara ini disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut seorang saksi, Roslan Harun, 54 yang sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan telah melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.

Helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang.

UPDATE: Kesemua 6 mayat yang berada dalam Helikopter itu telah ditemui. Al-Fatihah.

(Gambar kenangan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (duduk, dua dari kanan) ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang hari ini)


Lagi Gambar-gambar di lokasi kejadian:









KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab