Tuesday 7 April 2015

Identiti sebenar wanita misteri dalam nahas helikopter akhirnya didedahkan

Posted By: TTO Admin - 7.4.15

Spekulasi mengenai wanita mesteri yang berada di dalam nahas Helikopter Dauphin AS365 N2 akhirnya terjawab.

Wanita itu dikenalpasti sebagai Aidena Braizieva, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.
Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.

Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.

Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu.
Dalam satu sidang media di lokasi nahas hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, berkata berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan.

Wanita tersebut menjadi bualan hangat dan turut dijadikan bahan spekulasi akibat identitinya yang tidak diketahui sehinggalah ke hari ini.

(Gambar) Kapten Clifford, juruterbang Helikopter Dauphin yang membawa Kenamaan seperti Ahli Parlimen Rompin ,Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias. 

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab