Friday 24 April 2015

Nasi lemak dijual murid sekolah rendah dirampas cikgu, guru besar

Posted By: TTO Admin - 24.4.15

Tindakan seorang guru perempuan dan guru besar di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang yang didakwa merampas dan memulangkan semula nasi lemak yang dijual 2 murid sekolah itu selepas waktu persekolahan mendapat kritikan pengguna media sosial.

Izham Ibrahim yang memuatnaik gambar nasi lemak murid itu menceritakan kejadian yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusian. Baca lagi status beliau:
REZEKI YG DINAFIKAN terhadap 2 orang murid sekolah redah di daerah Barat Daya... Pulau Pinang amatlah menyedihkan dan tersentuh hati INI......Nasi Lemak yg dipesan rakan sekelas mereka dirampas oleh Guru perempuan dan Pengetua sekolah tersebut menyebabkan mereka berdua mengalami kerugian sbyk Rm17 yg mungkin utk menampung wang sekolah mereka......tindakan Pengetua memulangkan Nasi Lemak yg DIPESAN .......saya ulangi yg DIPESAN rakan sekelas mereka dikembalikan SELEPAS waktu persekolahan menyebabkan Nasi Lemak tersebut basi dan merugikan 2 beradik tersebut yg mungkin membantu meringankan beban hidup keluarga mereka dan ditambah dengan bebanan GST......WAJARKAH tindakan Guru Perempuan dan Pengetua sekolah tersebut....macam mana yg dinamakan Pengetua dan Guru sebagai PENDIDIK Jika tidak punya sifat PERIKEMANUSIAAN dan BELAS EHSAN terhadap 2 murid tersebut yg mungkin keluarga mereka dari golongan yg serba kekurangan.
Ramai yang mahu memberikan pertolongan kepada dua murid sekolah itu. Tidak kurang juga yang memberikan komen tidak baik terhadap tindakan guru itu.

"Cikgu sekarang pandai atas kertas, tp bodoh dlm kehidupan" Begitulah komen seorang pengguna Facebook. Mungkin komen itu agak keterlaluan, namun inilah yang dinamakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab